DAFTAR VAKSINASI DENGAN MYSEJAHTERA

 kalau korang rakyat Malaysia, mesti korang dah familiar dengan aplikasi MySejahtera.


APA ITU MYSEJAHTERA?

MYSEJAHTERA ialah aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di negara Malaysia mendapatkan vaksinasi Covid 19. ini tak terhad kepada warganegara Malaysia sahaja, malah warganegara asing pun boleh mendaftar melalui aplikasi ini.


FAEDAH MYSEJAHTERA

menurut laman web Mysejahtera, Mysejahtera ni ada beberapa faedahnya

1. membantu kerajaan untuk memutuskan rangkaian wabak Covid 19

2. membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka.

3. membantu individu untuk dapatkan rawatan kesihatan jika dijangkiti Covid-19

4. membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik kesihatan berdekatan jika perlu mendapatkan rawatan.


MANA NAK DAPATKAN MYSEJAHTERA?

korang boleh download aplikasi ini di appstore. dan jangan lupa untuk selalu update MySejahtera Ok!!

setakat 2/6/2021, maklumat yang boleh diupdate adalah info jika anda sedang menyusu atau mengandung. dengar kata, kerajaan nak update sama ada individu tersebut ingin dapatkan vaksin ASTRAZENECA atau pun vaksin lain.


KALAU TIADA MYSEJAHTERA?

jangan risau. untuk yang tiada, contohnya macam ibu bapa yang dah tua, atau anak-anak OKU, boleh didaftarkan dibahagian dependent MySejahtera.

kalau tiada juga??? jangan risau lagi...boleh daftar di web https://www.vaksincovid.gov.my/.


jadi, apa tunggu lagi?? jom lah daftar untuk dapatkan vaksinasi, supaya negara kita cepat mencapai herd immunity. 




Comments